Sunday, September 21, 2008

26 berkayuh ke Hatyai
Oleh Roslan Ibrahim
lann@hmetro.com.my



KONVOI berbasikal mungkin baru di negara ini tetapi di beberapa negara maju, ia trend yang menyeronokkan te rutama di kalangan remaja.

Mengunjungi kawasan tumpuan pelancong menggunakan basikal lebih murah, mudah dan mesra alam apatah lagi dengan kenaikan harga petrol, baru-baru ini.


Bagi Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), aktiviti berkonvoi aktif dilakukan sejak diterajui Yang Dipertuanya, Datuk Hassan Nawawi.

Hassan yang mencipta rekod mengelilingi dunia secara solo menggunakan basikal membangkitkan semangat kakitangan MPKj untuk melakukan ekspedisi di dalam dan luar negara.

“Tiada apa yang mustahil,” kata Hassan ketika mengetuai cabaran konvoi berbasikal, ‘Kayuhan Jatidiri’ dari Kuala Kangsar ke Hatyai, Thailand, baru-baru ini.

Ekspedisi berbasikal sambil bersantai itu disertai 26 ka kitangan dan pegawai MPKj.

Peserta terpaksa mengharungi kayuhan sejauh 350 kilometer dan mengambil empat hari.

Ekspedisi itu serentak dengan acara Jambori Berbasikal Kuala Kangsar yang dilepaskan Pegawai Daerah Kuala Kang sar, Datuk Mohd Gazali Jalal.

Selepas melintasi pintu sempadan, cabaran kayuhan sejauh 80 kilometer dari Danok ke Hatyai bermula dan ma sing-masing begitu bersemangat.

Pemandangan di kiri kanan jalan nyata memberi pe ngalaman baru kepada peserta, berbeza jika melancong menggunakan kenderaan.

Dalam cuaca panas terik, Hatyai menyambut kehadiran peserta ekspedisi yang mengambil peluang bersiar-siar di sekitar bandar itu menggunakan basikal.

“Memang penat tetapi ekspedisi begini menyeronokkan kerana kita menggunakan keringat untuk ke sini,” kata Hassan.

Pada waktu malam, peserta diraikan di majlis makan malam bersama Konsulat Jeneral Malaysia Songkhla, Mohd Aini Abdullah.

Hari terakhir meninggalkan Hatyai, pelbagai pengalaman menarik dikutip di bandar penuh warna warni itu dan ia akan dijadikan pengalaman dalam hidup.

No comments: