Sunday, September 21, 2008

Layanan eksklusif St Gregory

JENAMA spa terkemuka Singapura, St Gregory kini membuka pintunya di Hotel Parkroyal Kuala Lumpur dalam menyediakan santuari kesihatan untuk warga kota.

Diasaskan lebih sedekad lalu, jenama spa yang dinamakan sempena jalan di tengah Kota Singa itu menekankan empat elemen utama - terapi, kecergasan, aestetik dan antipenuaan aktif dalam memberikan layanan terbaik kepada pelanggan.


Dengan pembukaan cawangan terbaru itu, spa yang pernah beberapa kali meraih pengiktirafan antarabangsa ini sudah memiliki 11 cawangan di Singapura, Malaysia dan Jepun.

Pengurus Komunikasi Pemasaran Parkroyal, Wendy Kok, berkata St Gregory sudah menjadi jenama spa antarabangsa yang sinonim dengan imej korporat hotel itu.

“Kebanyakan pelanggan spa adalah suri rumah atau ahli perniagaan wanita yang sudah mengenali jenama St Gregory,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Beroperasi di tingkat enam hotel , Spa St Gregory menawarkan suasana menarik yang begitu mendamaikan untuk pelanggannya memanjakan diri selepas seharian sibuk bekerja.

Mengutamakan keselesaan pengunjung, ada lima bilik terapi disediakan untuk perawatan wajah, pemulihan selain bilik khas untuk rawatan kaki dan badan yang disambungkan dengan bilik mandi.

Bilik rawatan terdiri daripada dua jenis iaitu standard bujang dan standard bujang yang dilengkapi tab kayu dibuat daripada kayu jati khusus untuk perawatan mandi herba.

“Layanan eksklusif sepanjang berada di sini membuatkan anda seakan-akan terlupa ia terletak di antara kawasan paling sibuk iaitu di tengah Bukit Bintang,” katanya.

Menariknya, St Gregory menyediakan lima jenis urutan berbeza iaitu kaedah Jawa, Shiatsu, Thailand, ayurvedic dan Bali. Semuanya disesuaikan dengan keperluan dan kehendak tetamu.

Terapi hanya menggunakan ramuan terpilih bermutu tinggi bagi memastikan pelanggan benar-benar merehatkan diri.

“Pelanggan juga tidak perlu risau kerana ahli terapi menjalani latihan intensif di ibu pejabat kami di Singapura sebelum ditugaskan di sini,” katanya.



INFO

St Gregory menerima anugerah Spa Perkhidmatan Terbaik menerusi The Ultimate Spa Guide in 2006.

Spa St Gregory
Parkroyal Kuala Lumpur
50250 Jalan Sultan Ismail
Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 03-2147 0088
Faks: 03-2147 0099.
Emel: enquiry@kul.parkroyalhotels.com.

Source: Syah Rul Aswari Abdulla (hmetro.com.my)

No comments: