Sunday, September 21, 2008

Lounge rimbun serba mewah
Oleh Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my



SEBAIK melangkah ke Golden Lounge Serantau Pener bangan Malaysia (MAS) di Contact Pier terminal utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), setiap mata pasti tertumpu kepada arca bermotifkan daun berguguran yang digantung sebelah kanan sepanjang laluan masuk.

Arca yang diperbuat daripada besi itu kelihatan amat menarik, apatah lagi kolam kecil yang terdapat di bawah arca berkenaan mampu mencetuskan kedamaian di hati, se olah-olah mengalu-alukan kedatangan pengunjung ke lounge yang mula beroperasi Mac lalu.


Sesuai dengan konsep rekaan ‘rimbun’, lounge berkenaan turut mengetengahkan hiasan kayu yang digantung sebagai pembahagi ruang untuk membangkitkan suasana ‘hutan’, sekali gus memberikan kelainan berbanding lounge lain.

Lebih menarik, meja makan yang disediakan turut me ngetengahkan motif buluh untuk dipadankan dengan konsep ‘rimbun’ bertemakan ‘Echoes of Paradise’.

Lounge yang dibina dengan kos RM3.5 juta itu khas untuk kemudahan penumpang kelas perniagaan dan kelas pertama serta pemegang kad ‘Enrich Platinum’ dan ‘Enrich Gold’ MAS untuk melepaskan penat ketika menempuh perjalanan jauh atau transit ke penerbangan lain.

Malah, penumpang juga boleh memanjakan diri dengan berkunjung ke Santai Spa yang menyediakan perkhidmatan spa dan refleksologi khusus untuk penumpang merehatkan badan dan membelai tubuh bagi melonggarkan urat yang tegang sepanjang penerbangan.

Dengan bayaran minimum, penumpang boleh menda patkan perkhidmatan urutan sama ada tradisional atau refleksologi, mini facial, padicure dan manicure serta kerusi pengurut badan.

Setiap rawatan atau urutan yang dilakukan tukang urut berpengalaman turut disertakan alunan muzik bagi mem berikan ketenangan kepada penumpang.

Selain itu, lounge berkenaan turut menyediakan perkhid matan lain bertaraf lima bintang termasuk kiosk Enrich, bilik persidangan, pusat perniagaan, bilik mandi, surau, bistro, akses Internet jalur lebar, pelbagai pilihan makanan dan taman permainan kanak-kanak.

Menyentuh mengenai makanan, penumpang tidak perlu risau untuk mengisi perut kerana lounge terbabit me nyediakan aneka jenis makanan sama ada makanan tempatan dan Barat bagi memenuhi selera penumpang pelbagai bang sa.

Berkonsepkan ‘Easy Asia’, lounge terbabit menyediakan makanan berbeza setiap hari bagi memenuhi selera pe numpang pelbagai bangsa.

Ketua Penasihat Makanan, Mohd Razee Salleh, berkata antara keistimewaan di lounge berkenaan adalah rojak ma mak yang sentiasa menjadi permintaan utama penumpang tempatan dan antarabangsa.

“Selain itu, kami juga menyediakan ruangan khas untuk mi dan mihun yang menghidangkan pelbagai jenis masakan mi dan mihun di negara ini termasuk mi udang dan mi kari.

“Malah, penumpang juga tidak perlu risau terhadap ma kanan yang dihidangkan di lounge ini kerana peralatan yang digunakan untuk menghidang dan memasak masakan tidak halal diasingkan dengan masakan halal.

“Ini bagi memberi keyakinan kepada umat Islam, semua makanan yang kami sediakan halal dan mereka tidak perlu was-was,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Pemasaran dan Program Kesetiaan MAS, Raja Datuk Nordiana Zainal Shah, berkata Golden Lounge Serantau MAS berkenaan mampu me nampung 190 penumpang pada satu masa dan ia dibuka dari jam 5 hingga 2 pagi setiap hari.

“Pembinaan lounge ini sebagai nilai tambah dan memberi pengalaman menyeronokkan sepanjang menggunakan pe nerbangan MAS untuk ke destinasi tertentu.

“Ketika ini, MAS mengendalikan 11 Golden Lounge di seluruh negara termasuk tiga di KLIA, Pulau Pinang, Lang kawi, Kota Kinabalu dan Kuching.

“Selain itu, kami juga mempunyai lima lounge di luar negara iaitu di London, Sydney, Melbourne dan Peth di Australia serta Singapura,” katanya

No comments: