Sunday, September 21, 2008

Pulau sejuta keistimewaan

Oleh Mohd Hazlan Hairi Mat Husin
rencana@hmetro.com.my


PERCAYA atau tidak tanpa menghidupkan enjin, kereta yang dinaiki mampu bergerak! Mungkin ada yang sukar mempercayainya, namun ia satu keajaiban yang nyata apabila berada di Mysterious Road, Pulau Jeju, Korea.

PERCAYA atau tidak tanpa menghidupkan enjin, kereta yang dinaiki mampu bergerak! Mungkin ada yang sukar mempercayainya, namun ia satu keajaiban yang nyata apabila berada di Mysterious Road, Pulau Jeju, Korea.

Kawasan terletak di Kilometer 35.1, Iong 1100 Road di bandar Jeju ini membuktikan tanpa sebarang ‘kuasa’, kereta mampu bergerak sendiri menaiki kawasan berbukit dan bukan menurun. Bukan sekadar objek yang dibuat daripada besi berjalan sendiri, malah botol dan air yang diletakkan turut bergerak sendiri ke hadapan.


Tarikan pelancong yang berada 300 meter di aras laut ini mula dijumpai seorang pemandu teksi pada 1980 apabila kereta dipandu yang diberhentikan ketika menurunkan pe numpang secara tiba-tiba bergerak ke depan.

Apa yang menghairankan, kajian saintifik sehingga kini tidak dapat membuktikan fenomena yang sebenarnya ber laku. Ada pendapat menyatakan ia mempunyai tarikan graviti dan kuasa magnet yang menarik objek besi.

Namun, pendapat ini disanggah kerana bahan plastik dan air turut ditarik kuasa luar biasa ini.

Sepanjang pengetahuan penulis, keajaiban ini juga ada di sebuah bukit di Madinah apabila objek seperti kereta dan botol ditarik ke depan. Malah, ia juga gagal menemui sebarang alasan kukuh untuk membuktikan bagaimana fe nomena ini berlaku.

Mysterious Road ini hanyalah sebahagian daripada tarikan pelancong yang dilawati penulis sewaktu mengikuti Muslim Fam Trip bersama beberapa agensi pelancongan tajaan Ko rean Air yang turut disertai dua wakilnya, Charley Na dan Eddie EE ke Pulau Jeju, Korea baru-baru ini.

Pulau Jeju yang berkeluasan 73 kilometer (km) x 41 km ini memiliki pelbagai keunikan semula jadi dan buatan yang mengagumkan pengunjung dari seluruh pelosok dunia. Da ripada letusan gunung berapi, sebahagian kawasan ini di bangunkan dengan tarikan istimewa tanpa mengganggu keindahan semula jadinya.

Diiktiraf sebagai Tapak Warisan Semula Jadi Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertu buhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco), pulau ini memiliki sejuta keistimewaan yang tiada tandingannya apabila setiap kawasan bukit, gunung, pantai, air terjun dan hutan memiliki sejarah uniknya tersendiri.

Umpamanya Mout Hall pada ketinggian 1,950 meter dari aras laut di tengah Pulau Jeju, sentiasa menjadi tumpuan pelancong kerana menghadiahkan pemandangan menarik buat pengunjung pada kitaran empat musim berbeza.

Kunjungan ke pulau ini tidak lengkap jika tidak meluangkan masa menyelami sendiri perkembangan tamadun Korea berkembang dari awal hingga kini menerusi cerita Jeju Stone Park, 18,000 Gods dan Grandmother Yeongdeung.

Antara lokasi semula jadi yang menyerlahkan pengkhususan budaya dan sejarah Korea juga dapat dilihat di Jeju Seongji, Jeju Folkfore Museum, Bultapsa Site, Samsasookyi dan Geo mae Ecology Park yang menceritakan susur galur, ke percayaan kerohanian dan gaya hidup masyarakat negara berkenaan.

Selain kawasan semula jadi yang dipelihara dengan rapi, Pulau Jeju juga dibangunkan dengan pelbagai tarikan moden yang mempunyai spesifikasi tersendiri.

Malah, ia mempunyai puluhan muzium atau taman tema yang mengkhususkan kepada sesuatu benda secara mendalam umpamanya Jeju Mini Land yang mempamerkan arca utama dunia seperti Menara Eiffel, Istana Buckingham, Tembok Besar China dan Statue Of Liberty.

Turut menjadi tarikan ialah pelbagai jenis muzium iaitu Muzium Wanita, Coklat, Sinema, Automobil, Beruang, Pa tung, Teh, Keamanan, Ekologi dan Tanah Liat.

Daripada pilihan muzium atau taman tema di sini, antara yang paling mendapat perhatian ialah Jeju Love Land mirip muzium atau taman seks. Jika sesetengah masyarakat ber anggapan seks sesuatu yang tabu dan menjadi privasi untuk diperkatakan di khalayak umum, namun kunjungan ke taman ini memberikan dimensi berbeza.

Taman yang mula dibuka pada 2004 ini menampilkan 140 binaan atau arca berkaitan seks yang dibuat dalam bentuk patung, ukiran, arca, organ seks sehinggalah kepada gambar yang diolah dalam bentuk menarik.

Sesuatu yang menarik, Pulau Jeju turut terkenal sebagai pilihan utama lokasi penggambaran drama atau filem Korea yang mendapat sambutan ramai di pelosok dunia. Antara lokasi yang menjadi tumpuan ialah Jungmun Resort Complex dan Seopjikoji untuk drama All In, Jeju Folk Millage Museum (Daejangkeum) dan Biyangdo (Spring Days).

Seperti kebanyakan destinasi pelancongan tumpuan utama dunia, Pulau Jeju juga mempunyai pelbagai kemudahan, daripada penginapan kelas bawahan seperti asrama hinggalah ke hotel mewah bertaraf lima bintang.

Turut menjadi pilihan di sini ialah kedai kaki lima hingga ke rangkaian kedai berjenama di pusat perniagaan eksklusif serta pilihan 18 kelab golf terkemuka yang menghadiahkan pe mandangan saujana mata memandang.

Dari segi makanan pula, tidak perlu risau kerana banyak makanan di sini berasaskan sayuran dan makanan laut seperti budaya Malaysia.

Malah, satu-satunya restoran yang menyediakan makanan halal ialah Restoran Bagdad yang pekerjanya terdiri daripada pelajar Muslim yang menuntut di Universiti Cheju Na tional.

Untuk ke Pulau Jeju, pengunjung mempunyai alternatif sama ada menaiki feri yang disediakan pengusaha tempatan atau kapal terbang yang dikendalikan empat syarikat pe nerbangan iaitu Korean Air, Asiana Air, Jeju Air atau Hansung Air.

No comments: