Legenda Taming Sari
Oleh Syah Rul Aswari Abdullah
srul@hmetro.com.my
LEGENDA sakti Taming Sari, keris milik pahlawan terbilang ketika zaman kesulatanan Melaka kini diabadikan dalam skala lebih besar iaitu menara tinjau berputar setinggi 110 meter yang menjadi tarikan terbaru pelancong ke bandar raya bersejarah ini.
Menara Taming Sari yang dilancarkan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, awal tahun ini dibina menggunakan teknologi gyro dari Switzerland dengan kos kira-kira RM23 juta.
Menjadi tarikan pelancong pertama seumpamanya di rantau Asia Tenggara, ia dibina dengan mengambil model The Super Gyro Tower 1200, ciri unik yang hanya terdapat di enam lokasi di seluruh dunia.
Enam lokasi itu termasuk Sea World Parks San Diego; Six Flags Magic Mountain, Valencia, California; Carowinds (Pa ramount) di Charlotte, Carolina Utara; Hershey Park, Penn sylvania; Knot’s Berry Farm, Anaheim, California, semuanya di Amerika Syarikat serta di Shanghai, China.
Menara Taming Sari mempunyai kabin unik yang boleh memuatkan 80 orang pada satu masa, dengan setiap per jalanan naik dan turun mengambil masa kira-kira tujuh minit. Ia akan berhenti pada ketinggian 80 meter, sebelum berputar pada ketinggian 360 darjah.
Dari kabin ini, mereka dapat menyaksikan Sungai Melaka yang meredah kesibukan bandar raya sehingga ke mua ranya.
Mohd Ali berkata, menara itu bakal menyumbang perolehan RM5 juta setahun kepada kerajaan negeri menerusi kun jungan kira-kira 500,000 pelancong untuk tempoh ber kenaan.
Katanya, sejak menara itu beroperasi pada 18 April lalu, ia menerima sambutan menggalakkan termasuk pelancong asing dengan purata pengunjung 1,200 orang sehari.
>INFO
>Orang ramai yang ingin menaiki kemudahan ini perlu membeli tiket masing-masing berharga RM10 bagi dewasa manakala RM5 untuk kanak-kanak. Ia boleh diperoleh di kaunter berhampiran menara berkenaan yang beroperasi dari jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.
>Tempahan dalam talian boleh dibuat menerusi laman web rasmi Menara Taming Sari, http://www.menaratamingsari.com.
Gegaru
9 years ago
No comments:
Post a Comment