Sunday, September 21, 2008

Teluk Batik kekal riadah keluarga

Teks dan gambar Mohd Idris Sulaiman
rencana@hmetro.com.my



JIKA berkunjung ke Lumut, jangan lupa untuk singgah ke Pantai Teluk Batik, antara destinasi pelancongan popular di Perak.

Persisiran pantainya yang landai sesuai untuk pelbagai aktiviti sama ada hanya duduk bersantai, mandi atau berkelah bersama rakan atau ahli keluarga.


Lama sebelum popular, Teluk Batik pernah menjadi per kampungan nelayan suku kaum Batak yang berasal dari Sumatera.

Pantai ini sesak dengan kunjungan warga tempatan ber ikutan lokasinya kira-kira lima kilometer (km) dari pekan Lumut dan 10 km dari Sitiawan.

Untuk mereka yang pertama kali ke sini, boleh mengikuti laluan simpang Teluk Muroh dan pantai ini terletak ber hampiran Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia.

Bagaimanapun, tidak perlu risau kerana banyak papan tanda dibina sebagai penunjuk arah sepanjang perjalanan, sama ada dari ibu kota atau utara tanah air.

Tarikan utama Teluk Batik terletak pada persisiran pantai putihnya yang panjang, selain pelbagai kemudahan dise diakan untuk keselesaan pengunjung.

Deretan kedai makan, chalet bajet dan gerai kraftangan memudahkan mereka yang kali pertama bertandang ke pantai peranginan ini.

Pohon ru yang banyak tumbuh di kawasan pantai juga memudahkan mereka yang ingin berkelah dan menikmati juadah makan tengah hari bersama ahli keluarga.

Selepas seharian berendam air laut, pengunjung boleh meluangkan masa untuk meninjau gerai cenderamata atau membeli produk makanan laut seperti sate ikan, sotong dan ikan bilis rangup.

Selain produk makanan laut yang dijual dengan harga amat berpatutan, pakaian, kemeja-T dan bunga karang adalah antara cenderahati popular yang mendapat permintaan tinggi daripada pengunjung.

Ada banyak penginapan bajet milik penduduk tempatan berdekatan kawasan Teluk Batik sekiranya pengunjung mahu bermalam di pantai ini.

Chalet Kenangan Pak Man umpamanya kian mendapat tempat di kalangan pengunjung yang kerap kali mengunjungi pantai Teluk Batik.

Pengurusnya, Othman Darus berkata, ada 10 chalet dengan reka bentuk rumah tradisional Melayu.

Katanya, setiap chalet dilengkapi pelbagai kemudahan ter masuk perabot, kabinet dapur, peti sejuk dan televisyen. Ia ditawarkan pada harga antara RM90 dan RM120 semalam.

“Kemudahan disediakan itu membolehkan pengunjung memasak makanan sambil menghabiskan masa percutian, seolah-olah seperti tinggal di rumah sendiri.

“Konsep ini sangat sesuai, terutama bagi keluarga yang mempunyai ramai anak dan syarikat yang mahu meraikan majlis bersama kakitangan mereka,” katanya.

Chalet Kenangan Pak Man juga dilengkapi dewan makan dan seminar yang boleh memuatkan kira-kira 200 orang pada satu-satu masa.

Untuk mereka yang gemarkan cabaran, aktiviti lasak ter masuk merentas denai boleh dilakukan secara berkumpulan berhampiran pantai.

No comments: