Sunday, September 21, 2008

Pesta kelah Tasik Kenyir
Oleh Alias Mohamed
rencana@hmetro.com.my


MUNGKIN ramai yang pernah berkunjung ke Tasik Kenyir. Tetapi berapa ramai antara kita sudah berpeluang menyusuri tasik dengan ‘Bahtera Petang’ bagi menikmati pemandangan semula jadi tasik buatan terbesar di Asia Tenggara ini.

MUNGKIN ramai yang pernah berkunjung ke Tasik Kenyir. Tetapi berapa ramai antara kita sudah berpeluang menyusuri tasik dengan ‘Bahtera Petang’ bagi menikmati pemandangan semula jadi tasik buatan terbesar di Asia Tenggara ini.

Bahtera milik Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) bernilai RM300,000 ini adalah ‘boat cruise’ yang kini semakin popular di kalangan pelancong. Mula beroperasi pada 2003, ia antara usaha kerajaan untuk meningkatkan angka pengun jung ke Tasik Kenyir.


Selesa dan cukup luas. Faktor ini sudah mampu menarik pelancong yang mahu meneroka keindahan landskap semula jadi tasik. Berada dalam bahtera seakan mengimbas kembali penggunaan pengangkutan utama zaman silam ini.

Pegawai Ketengah, Mukhtar Che Ali, berkata pihaknya menyediakan pelbagai pakej ‘boat cruise’ untuk disesuaikan dengan keperluan dan kehendak pengunjung. Bagaima napun, pengunjung dinasihatkan membuat tempahan lebih awal untuk memudahkan perjalanan mereka.

“Antaranya, pakej khas untuk lima orang pada harga RM1,750. Bot ini mempunyai kapasiti sehingga 12 pe numpang pada satu-satu masa. Tambahan RM50 seorang akan dikenakan sebagai bayaran lima kali makan,” katanya.

Selain menikmati keindahan alam, pengguna juga boleh menggunakan bilik mesyuarat untuk perbincangan kum pulan atau mengisi masa dengan aktiviti karaoke. Kemudahan atas permintaan ditawarkan pada harga tambahan.

Pelayaran Bahtera Petang akan bermula dari Pengkalan Gawi, antara pintu masuk utama ke Tasik Kenyir, sebelum menyusuri arus tasik ke Pulau Petang, memakan masa hampir tiga jam.

Tidak ramai yang mengetahui pulau ini tempat paling hampir dengan Taman Negara.

Perjalanan panjang tidak terasa apabila pengunjung di hidangkan dengan makanan dan minuman ringan sambil menikmati pemandangan menarik.

Perut pasti sebu dengan hidangan tradisional Terengganu seperti laksa kuah lemak, laksam dan nasi dagang.

Sementara itu, lauk-pauknya pula termasuk gulai ikan tasik seperti ikan baung, patin dan talapia.

Pakej pelayaran ini walaupun agak mahal namun berbaloi dengan ekspedisi pengembaraan. Tidak sekadar menyusuri tasik, pengunjung dibawa meneroka keindahan air terjun dan tasik. Tidak seperti laut, permukaan air yang tenang tanpa gelora memudahkan pelayaran bot.

Setibanya di Petang Island Resort, aktiviti diteruskan dengan membawa peserta ke pulau kecil yang terbentuk apabila pembinaan empangan menenggelamkan tanah rendah di sekitarnya. Selain itu, mereka juga boleh memilih untuk menyertai aktiviti memancing.

Mahu berdamping dengan kelah, spesies ikan air tawar yang kian pupus, anda boleh mengunjungi Santuari Ikan Kelah, kira-kira 15 minit perjalanan dengan bot laju dari Pulau Petang. Antara lain, ia diwujudkan sebagai lokasi pembiakan ikan berkenaan.

Jangan terkejut apabila anda dikelilingi ratusan ikan kelah yang ada kalanya melompat ke permukaan semata-mata untuk mendapatkan dedak yang dibawa pengunjung. Ikan yang begitu jinak ini seakan jinak dan sudah lali dengan kunjungan orang luar.

Malamnya, peserta dihidangkan dengan hidangan barbeku di Petang Island Resort, sebelum dibawa pulang ke Pengkalan Gawi pada keesokan harinya.

Dalam perjalanan pulang, penumpang akan singgah di taman herba di Pulau Sah Kecil, sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada Bahtera Petang.

No comments: