Sunday, September 21, 2008

Orkid penghias Parkroyal

Oleh Syah Rul Aswari Abdullah
srul@hmetro.com.my



DI Parkroyal Kuala Lumpur, orkid segar bukanlah sekadar bunga hiasan. Sebaliknya, ia menjadi pelengkap gaya mewah yang menjadi teras hiasan dalaman di hotel lima bintang ini.

Sebaik melepasi pintu utama lobi, orkid sama ada dalam bentuk asli atau imej buatan diletakkan di setiap penjuru hotel. Baik dari kaunter urusan daftar masuk sehingga ke ruang lobi, pelbagai jenis bunga liar ini menjadi hiasan utama di setiap tingkat.


Pengurus Komunikasi Pemasarannya, Wendy Kok, yang menyambut kedatangan wakil media ke hotel ini berkata, orkid dipilih berdasarkan haruman dan ketahanan luar biasa berbanding bunga hiasan lain.

“Penggunaan imej orkid juga diperluas sehingga kepada hiasan dinding di kaunter daftar masuk di tingkat lobi. Malah, kita juga sentiasa menggantikan bunga segar ini yang di letakkan di seluruh hotel bagi memastikan kesegarannya,” katanya.

Lawatan eksklusif media kali ini diaturkan oleh Parkroyal bagi mempromosikan sayap terbarunya Orchid Club Wing. Menempatkan 78 bilik dan suite, sayap baru ini menjanjikan layanan eksklusif sebaik tetamu melangkah masuk ke dalam hotel.

Tetamu sayap ini tidak perlu beratur di kaunter lobi untuk daftar masuk, sebaliknya urusan itu dibuat menerusi Orchid Club Lounge. Istimewanya, mereka turut diberikan kad imbas untuk akses tingkat tiga, empat, lima dan enam (me nempatkan lounge) tanpa perlu berkongsi lif dengan tetamu lain.

“Mereka yang menginap di Orchid Club Wing boleh menikmati sarapan, makanan ringan sepanjang hari (12 tengah hari hingga 5 petang) dan koktel petang (6 petang hingga 7.30 malam). Ruang lounge yang luas membolehkan perbincangan niaga diadakan dalam suasana santai,” ka tanya.

Istimewanya, konsep Zen menjadi teras kepada hiasan dalaman Orchid Club Wing. Ini dapat dilihat menerusi penggunaan warna tanah untuk dinding dan permaidani, manakala cermin besar melekap memberi bayangan lebih besar kepada saiz bilik.

Gaya mewah ini turut terbias kepada penggunaan perabot lebih bergaya, moden tetapi bersifat kontemporari tanpa meminggirkan aspek keselesaan. Pencahayaan juga diti tikberatkan, dengan mengutamakan hiasan siling yang ring kas tetapi praktikal.

Melengkapkan gaya korporat ini, tetamu dapat menyaksikan program kegemaran menerusi televisyen LCD 32 inci dan pemain cakera video digital (DVD), selain pelbagai pilihan menerusi saluran hiburan hotel.

Seperti hotel lima bintang lain, pengalaman menginap di Parkroyal tidak akan lengkap tanpa pancuran air bertekanan tinggi, selain meja kerja bagi tetamu eksekutif.

Semua ini, berserta layanan mesra daripada kakitangan membuatkan anda sering kali terlupa hotel ini terletak di persimpangan sibuk menghala ke daerah hiburan dan ko mersil di tengah Kuala Lumpur.



TEMPAT MAKAN

Selain Bossa Nova yang mewah dengan gaya menggoda Amerika Latin, tetamu boleh mencuba gabungan variasi selera tempatan dan antarabangsa di Chatz Brasserie. Mahu berlibur dalam suasana santai, boleh mengunjungi Klix Lounge.

Ingin melihat keunikan cara menyediakan teh, berkun junglah ke Restoran Makanan Cina Si Chuan Dou Hua. Penyedia teh, Li De Jin yang berasal dari wilayah Sichuan, China bakal mengejutkan tetamu apabila menghidangkan teh yang dituang dari teko loyang yang diangkat hampir se meter.

Hidangan mesti cuba di sini termasuk Chinese Eight Treasure Soup dengan isi ketam, sirip yu serta ma po tau fu pedas.



>Info

>Parkroyal menawarkan 426 unit penginapan dengan 78 daripadanya adalah bilik dan suite di sayap baru Orchid Club Wing. Perkhidmatan pembantu peribadi, daftar masuk eks pres dan layanan istimewa VIP disediakan untuk kemudahan tetamu.

>Hotel ini terletak hanya 10 minit daripada pusat beli-belah Sungei Wang Plaza, Pavilion, Lot 10, Berjaya Times Square dan Starhill Gallery. Tetamu yang bersiar-siar di tengah kota, boleh memilih untuk menggunakan perkhidmatan Mo norel.



PROMOSI

Meraikan pertengahan musim gugur, Si Chuan Dou Hua menyajikan enam kek bulan pelbagai perisa mulai 1 Ogos hingga 14 September depan. Sesuai sebagai hadiah untuk rakan niaga dan orang tersayang, kek ini dijual dengan harga daripada RM10.50 sekeping.



Hotel Parkroyal Kuala Lumpur,

50250 Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

Tel: 03-2147 0088 Faks: 03-2147 0099

Emel: enquiry@kul.parkroyalhotels.com

Laman web: www.kualalumpur.parkroyalhotels.com

No comments: