Sunday, September 21, 2008

Variasi kuih tradisi jadi tarikan

Oleh Syah Rul Aswari Abdullah
srul@hmetro.com.my



TANYAKAN pada orang muda, apakah dia lenga, keria, ambon, buah tanjung atau jala emas? Pasti ramai tidak menyangka ia adalah nama kuih warisan tradisi masyarakat Kelantan.

Jika ada pun, mungkin tidak dapat mengagak rupa sebenar kuih tradisional yang jarang didapati di luar negeri Cik Siti Wan Kembang ini.


Variasi kuih tradisi ini adalah antara tarikan utama pe ngunjung ke Pesta Nasi 100 dan 100 Jenis Kuih-Muih Kelantan 2008 anjuran Persatuan Pelancongan Negeri Ke lantan di Dataran Warisan, Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.

Ketika pertama kali diadakan pada 2001, acara sama diadakan di Padang Perdana berjaya “mengumpulkan” 104 jenis nasi. Tahun ini, lebih 162 nasi dan 146 kuih berasakan beras dipamerkan serta menarik penyertaan pengusaha ma kanan dari luar Kelantan, termasuk Sabah dan Sarawak.

Pesta yang menjadi acara utama dalam kalendar pelan congan Kelantan itu bertujuan memperkenalkan keunikan hidangan berasakan beras yang kian dilupakan oleh generasi muda masa kini.

Selain hanya perlu membayar RM4 untuk menikmati setiap nasi yang dipamerkan, pengunjung yang hadir dihiburkan dengan gabungan persembahan tradisional serta moden termasuk rebana ubi, kertok dan pertandingan karaoke lagu nostalgia P Ramlee.

Menariknya, pengunjung tidak melepaskan peluang beradu kepintaran bermain catur atau mengisi masa terluang ber main dam aji bersama rakan. Pertandingan terbuka yang diadakan di deretan khemah berhampiran gerai makanan itu nyata menarik penyertaan ramai.

Grand River View, antara hotel yang menyertai pesta kali ini tampil dengan hidangan warisan Nasi Kelongsong yang lebih dikenali sebagai nasi hujan panas kerana kepelbagaian war nanya dan bentuknya yang menarik kerana disediakan dalam bentuk kon.

“Kita cuba memberi variasi baru kepada resipi ini dengan menghidangnya bersama ayam bakar kerana sudah menjadi budaya Melayu menikmati nasi ini dengan pelbagai jenis lauk,” kata Chefnya, Mohd Nazri Awang Kechik.

Selain hidangan nasi kerabu serta kuih tradisional yang masih popular seperti taik itik, puteri mandi, ulat bulu dan tepung bunga, pengunjung dihidangkan dengan pelbagai hidangan unik seperti variasi lauk ikan keli dan nasi cro mox.

Sarawak pula tampil dengan Nasi Daun Sampit dan Kopi Beras Bario, antara hidangan tradisional berasaskan beras wangi Bario, atau dikenali oleh penduduk negeri itu sebagai Adan. Beras ini dikatakan ditanam secara meluas di Ba'Ke lalan di Sarawak, daerah sama yang terkenal dengan pe nanaman epal.

Bagaimanapun, pembuatan kopi ini dikatakan berasal dari kawasan Lunbawang di daerah sama. Menariknya, beras jenis ini dikatakan ditanam setahun sekali dengan menggunakan sumber air semula jadi dari kawasan pergunungan.

No comments: