Sunday, September 21, 2008

Sahara Inn sedia penginapan selesa
Teks dan gambar Ihsan Noorzali
rencana@hmetro.com.my



TANJUNG Malim, pekan kecil yang terkenal dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan bandar jirannya, Proton City. Terletak kurang sejam perjalanan dari ibu negara, ia dihubungkan dengan Lebuhraya Utara-Selatan, melalui Hulu Bernam di Hulu Selangor.

Bagaimanapun, jika anda mempunyai urusan di Tanjung Malim dan memerlukan penginapan selesa, Hotel Sahara Inn, di Hulu Bernam mungkin pilihan sesuai buat anda.


Hotel ini terletak kira-kira dua kilometer dari bandar di sempadan dua negeri ini.

Sehingga kini, Tanjung Malim tidak mempunyai hotel yang beroperasi di bangunan sendiri, sebaliknya kebanyakan hotel dibuka di lot rumah kedai.

Walaupun Sahara Inn tidak semewah hotel di kota, ia masih menarik dengan pemandangan kehijauan ladang kelapa sawit.

Tetamu tidak perlu risau mengenai makan kerana terdapat restoran nasi kandar 24 jam bersebelahan hotel ini. Jika malas atau penat untuk keluar, pengunjung boleh memesan terus makanan untuk dihantar ke bilik mereka.

Pengurus Pemasarannya, K Lalitah, berkata hotel ini lazimnya mendapat tempahan penuh apabila berlangsungnya Konvokesyen UPSI pada Mac dan Ogos, kemasukan pelajar baru atau penganjuran majlis besar di Proton City.

“Untuk pasangan pengantin baru, kami menawarkan pakej perkahwinan untuk tempahan lima bilik ke atas dengan diskaun sehingga 50 peratus. Suite VIP turut diberikan kepada pelanggan setia kami,” katanya.



>Info

# Sahara Inn menawarkan 47 bilik dengan kadar sewa serendah RM50. Manakala ‘suite’ VIP hanya RM170.

Menariknya, walaupun terletak di pinggir kota, Sahara Inn menawarkan kemudahan Internet percuma.

# Pakej keluarga dengan diskaun antara 20 dan 50 peratus turut ditawarkan untuk setiap tempahan berkumpulan termasuk penganjuran haru keluarga dan majlis keraian.

No comments: