Sunday, September 21, 2008

KL dari udara di restoran berputar





MINUM petang bersama keluarga dalam suasana santai sambil menikmati pemandangan ibu kota dari tingkat 18 Hotel Federal, Kuala Lumpur mungkin pengalaman yang sukar dilupakan.

Bintang Revolving Restaurant adalah restoran berputar pertama di negara ini yang menyediakan minum petang dan persembahan muzik di samping pemandangan kota raya dari udara.


Sambil mengambil makanan atau menikmati juadah, anda dapat berasakan lantai yang anda pijak berputar perlahan-lahan 360 darjah.

Jangan terkejut kerana ia adalah keistimewaan yang ditawarkan restoran ini untuk pengunjung menikmati hidangan dan bersantai di tingkat 18.

Sambil menikmati keenakan juadah, sesekali toleh ke luar untuk melihat keindahan ibu kota terutama sekitar Jalan Bukit Bintang yang menjadi nadi Kuala Lumpur.

Peluang menikmati keseronokan itu sambil minum petang dibuka pada Sabtu dan Ahad.

Bagi yang bercinta atau baru berkahwin, inilah peluang membawa pasangan anda menikmati saat romantis bersama di restoran berputar.

Pelbagai makanan tempatan, Cina, Barat dan Jepun dihidangkan di restoran ini. Makanlah sepuas hati bersama keluarga dan rakan.

Apa kata untuk pembuka selera, anda mencuba hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan segar.

Kemudian, anda boleh memilih sama ada hidangan tempatan atau antarabangsa yang dihidangkan chef berpengalaman.

Anda boleh melihat tukang masak menyediakan sashimi dan sushi atau menikmati keenakan popia yang dihidangkan panas.

Jika anda tidak mahu makan nasi, apa kata mengambil pelbagai jenis kek, kuih-muih tradisional atau puding. Bubur durian dan durian juga disediakan.

Sambil berjalan untuk mengambil jus buah-buah, anda boleh melihat pemandangan Menara Kuala Lumpur, Berjaya Times Square atau Menara Berkembar Petronas.

Minum petang disediakan pada Sabtu dan Ahad dari jam 12.30 tengah hari hingga 4 petang. Harganya RM45++ bagi dewasa dan RM25++ bagi kanak-kanak bawah 12 tahun termasuk warga emas.

Bawa kawan, ahli keluarga atau rakan perniagaan untuk rasai pengalaman restoran berputar dari udara selain menikmati keistimewaan lain.

Bagi pembayaran untuk empat orang dewasa, anda mendapat percuma untuk seorang.

Tempahan atau pertanyaan, hubungi 03-21489166 atau laman web www.fhihotels.com.

1 comment:

Anonymous said...

inaccurate seas incensed broader individually readable basic optima theater resounding statementv
lolikneri havaqatsu