Sunday, September 21, 2008

Karya sarat pergolakan jiwa





DUA dekad menghambakan diri dalam cabang seni halus, Ahmad Zakii mencetuskan kebangkitan realisme figuratif dalam aliran seni lukis kontemporari tanah air.

Gemar menghasilkan karya sarat mesej tersirat kepada khalayak menerusi penggunaan unsur simbolik unsur alam, manusia dan haiwan sebagai memenuhi lumrah kehidupan dunia, karyanya kini menjadi rujukan dan tumpuan khalayak seni tempatan.


Karyawan dilahirkan pada 1955 ini antara graduan Fakulti Seni Reka, Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) yang pernah menghasilkan beberapa rekaan dalam bidang pe ngiklanan. Peringkat ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh beliau untuk mengembangkan bakat dalam realisme fi guratif.

Pada masa sama, karya awalnya seperti Still Life, Smokers, Bali, Nudes, Meditation, Pulp and Paper Works mula mencuri perhatian khalayak seni tanah air.

Setiap karyanya kerap tampil dengan rona gelap dalam percubaannya mentafsirkan cengkaman emosi dan pergo lakan perasaan insan.

Mainan jiwa ini diterjemahkan begitu baik dengan peng gunaan warna hitam yang melatari sebahagian besar hasil seninya.

Menjelaskan maksud tersirat ini, Ahmad Zakii banyak menggunakan medium berbeza dalam setiap

karyanya seperti akrilik, cat minyak dan charcoal dalam menghasilkan karya klasik yang boleh dikenang sepanjang zaman.

Koleksi besarnya, Charcoals kemudian disebut-sebut se bagai karya paling disegani dengan mengetengahkan roh Sufi yang menyuntik semangat kerohanian mendalam. Koleksi ini memperlihatkan elemen spiritual yang tinggi oleh seorang pelukis figuratif kontemporari.

“Dalam sufisme, hati anda mesti cukup besar untuk me ngandungi semuanya terutama membabitkan sistem ke percayaan lain,” katanya selepas majlis pelancaran Disclosure di Galeri Petronas, baru-baru ini.

Perasmian disempurnakan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.

Pameran Disclosure berlangsung sehingga 24 Ogos depan. Masuk adalah percuma.

No comments: