Sunday, September 21, 2008

Hotel mewah bagai istana
Oleh Syah Rul Aswari Abdullah
srul@hmetro.com.my



KUDA, antara tujuh daripada 12 binatang dalam kalendar Lunar masyarakat Cina, dipercayai mewakili ciri perkasa, indah dan simbol kasih sayang. Malah, mereka yang di lahirkan pada tahun haiwan ini dikatakan mewarisi sifat berdikari dan memiliki kebijaksanaan secara semula jadi.

Justeru, tuah haiwan liar ini menjadi teras kepada reka bentuk dan seni bina Palace Of The Golden Horses. Hotel lima bintang ini tersergam indah di tapak seluas 11.2 hektar dengan panorama menarik tasik bekas lombong seluas 60 hektar.


Penggunaan kuda, haiwan sejagat ini turut bertepatan dengan lokasinya yang terletak bersebelahan Kelab Lumba Kuda Selangor.

Hiasan dalaman dengan gaya mewah ini mampu menambat hati setiap tetamu yang pernah menjejakkan kaki ke hotel ini. Dari luar, ramai yang tersalah anggap hotel ini sebagai istana berikutan seni bina Moorish yang menjadi teras utama reka bentuknya.

Aura glamor hotel ini menjadikannya sering dipilih lokasi persidangan utama menghimpunkan pemimpin dunia.

“Kami menyediakan pelbagai pakej yang boleh disesuaikan dengan kehendak tetamu,” kata Pengurus Perhubungan Awam dan Komunikasinya, Farah Halim.

Hotel ini menawarkan 400 bilik dan 80 suite, semuanya dilengkapi kemudahan teknologi terkini termasuk akses Internet, telefon dengan pesanan suara dan televisyen kabel.

Tetamu yang menginap di Dignitaries Floor pula menikmati lebih privasi dengan khidmat ‘butler’ peribadi.

Sehingga kini, ia sudah menjadi tuan rumah kepada be berapa persidangan utama dunia termasuk Golf Piala Dunia 1999, Sidang Pergerakan Negara Berkecuali (NAM) 2003 -2005, Gourmand World Media Awards 2006 dan Anugerah Filem India Global (GIFA) 2006.



Kemudahan persidangan

Hotel ini memiliki sayap khas menempatkan Pusat Per sidangan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah khusus untuk persidangan dalam skala besar. Ia memiliki 20 bilik mesyuarat termasuk dua dewan utama iaitu Royal Ballroom dan Unity Room.

Selain itu, auditorium dengan kapasiti 318 orang sesuai dijadikan lokasi persembahan dan majlis korporat. Selari dengan aliran terkini, kanopi mewah tepi tasik, Le Marquee dengan kapasiti 2,000 orang boleh dimanfaatkan untuk pelbagai acara berprestij.



Aktiviti

Keluasan tasik menjadikannya lokasi terbaik di tengah kota untuk mencuba pelbagai sukan rekreasi air termasuk jet ski dan ‘wakeboarding’. Untuk membeli-belah, pengunjung bo leh menaiki teksi air terus ke The Mines Resort City.

Spa Jojoba pula semakin popular dengan pelbagai pilihan terapi. Mereka yang bersiar-siar dalam suasana hijau boleh berbuat demikian menerusi trek joging sepanjang 2.1 ki lometer.



Tempat makan

Restoran Cina Kim Ma meraih pelbagai anugerah termasuk Restoran Makanan Cina Terbaik pada Anugerah Pelancongan Malaysia 2005/2006. Mahu hidangan negara matahari terbit, anda boleh mencuba sushi, sashimi dan tempura dengan berkunjung ke Kin Ko Uma.

Di restoran Carousel, pengunjung diberi pilihan sama ada mahu menikmati keenakan masakan tradisional Malaysia mahupun Barat. Gaya hiasan permainan ‘merry go around’ yang menarik juga berupaya membuat pengunjung ter pesona.

Bagi yang mahu mengubah selera kepada masakan Itali, mereka boleh berkunjung ke Cavallini’s.

Penggemar cerut pula boleh berkunjung ke Polo Club, kelab khusus untuk lelaki yang bersantai sambil menikmati mi numan. Ia turut menyediakan meja snuker dan pelbagai bahan bacaan.



Promosi

Palace Weekend Escapade menawarkan penginapan dua hari satu malam di bilik deluxe, diskaun 50 peratus untuk bufet minum petang di Carousel Cafe dan pakej di Spa JojoBali. Selain itu, tetamu boleh menikmati pengangkutan percuma ke Mines Resort City, Mid Valley dan Suria KLCC.

Harga dari RM195.



Hotel

Jalan Kuda Emas, MINES Resort City ,

43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan

Tel: 603 - 8946 4888

Faks: 603 - 8944 3475

www.palaceofthegoldenhorses.com.my

No comments: