Sunday, September 21, 2008

Tarian dalam pertarungan

Oleh Syah Rul Aswari Abdullah
srul@hmetro.com.my



BERTARUNG sambil menari. Itulah capoeira, seni mem pertahankan diri dari Afro-Brazil, yang asalnya tarian hamba kulit hitam untuk mempertahankan diri daripada musuh mereka lebih 400 tahun dulu.

Peredaran masa menyaksikan seni itu berkembang maju sehingga mencetuskan seni mempertahankan diri jalanan yang diamalkan hamba kulit hitam dalam menghadapi cabaran perkauman di negara kulit putih.


Beberapa pembaharuan menyaksikan evolusi terhadap seni mempertahankan diri ini, sebelum dijadikan medium me luahkan kebebasan bersuara di Brazil. Ini kemudian ber kembang menjadi aliran budaya dalam gaya hidup kota yang mementingkan penjagaan kesihatan.

Menerusi seni ini, peserta akan berada dalam satu pusingan membentuk roda. Alat muzik dimainkan dan serentak de ngan itu, ahli kumpulan akan menari dan secara bergilir-gilir menyahut cabaran untuk bertarung di tengah gelanggang.

Sekali imbas, capoeira tidak ubah seperti pesta lagu dan tarian berbanding dengan pertunjukan seni mempertahankan diri. Ini juga menjadi faktor yang menjadikannya begitu unik sehingga mula diajar secara profesional di pusat senaman dan kesihatan hari ini.

Penonton yang pertama kali melihatnya pasti terhibur menyaksikan pertarungan yang tidak ubah seperti koreografi lagak ngeri dalam filem aksi Hollywood. Tambahan pula, ia menggabungkan pelbagai aksi menarik merangkumi ke tangkasan pergerakan badan dan kaki.

Kini, capoeira kembali membuat penampilan di Kelab Sunway Lagoon setiap Isnin. Kelas seni mempertahankan diri ini dibawakan oleh Groupo Bantus Capoiera, sekolah an tarabangsa yang mengajar capoeira di Australia, Jepun, Eropah, Argentina, Israel dan Singapura.

Jurulatih capoeira, Terry Saw berkata, kelas yang akan bermula tidak lama lagi itu akan membolehkan orang ramai mengenali seni mempertahankan diri Brazil itu selain mem beri satu lagi pilihan kepada mereka yang mementingkan penjagaan diri.

“Sebelum ini, kelas capoeira hanya diadakan di tempat tertentu jadi tidak ramai yang berpeluang mempelajarinya. Sehubungan itu, kami bekerjasama dengan taman tema Sunway Lagoon menganjurkan kelas capoeira,” katanya.

Kedengaran agak sukar terutama bagi mereka yang tidak menyedari kewujudan seni mempertahankan diri ini. Justeru, penganjur akan mengadakan persembahan terbuka di be berapa lokasi terpilih bagi mempromosikan seni mem pertahankan diri ini.

Kelas percubaan yang diadakan dua bulan lalu menun jukkan sambutan menggalakkan daripada warga kota, te rutama golongan eksekutif muda dan mereka yang me ngamalkan gaya hidup aktif.

Saw berkata, seni mempertahankan diri mempunyai banyak kelebihan termasuk mempertingkatkan kebolehan fizikal, menyihatkan tubuh, menerapkan disiplin dan menjadi suatu ruang sosial yang positif.

Bagi memudahkan pembelajaran, seni ini dibahagikan kepada beberapa tahap berdasarkan kemampuan peserta. Paling penting katanya, adalah memahami gerakan asas capoeira sebelum mendalami peringkat seterusnya.



>Info

>Selain kelas capoiera, Kelab Sunway Lagoon turut me nganjurkan kelas tarian gelek mulai April lalu. Penyertaan terbuka kepada semua wanita tanpa mengira umur, saiz dan bentuk badan mereka. Amalan tradisi di negara Timur Tengah itu menampilkan unsur tradisional Mesir dan Turki, selain mempunyai pengaruh Latin serta muzik dunia.

>Mereka yang berminat mendapatkan maklumat lanjut mengenai kelas capoiera di Kelab Sunway Lagoon, boleh hubungi 03-56398811 atau 03-56398811 (kelas tarian gelek).

No comments: