Sunday, September 21, 2008

Tarikan pantai Batu Feringgi
Teks dan Gambar Yooga Rani Murugiah
yooga@hmetro.com.my



BERSANTAI dengan menghirup udara segar sambil men dengar deruan ombak kecil di pantai Batu Feringgi, Pulau Pinang begitu menenangkan fikiran.

Jika bercadang mengunjungi Pulau Pinang, Hotel Golden Sands Resort di pesisir pantai Batu Feringgi menawarkan apa saja yang diidamkan pengunjung.


Selain menikmati pantai yang bersih, kemudahan rekreasi dan spa di hotel terkemuka di Pulau Mutiara ini, si kecil dan anak remaja boleh melakukan aktiviti lasak di Adventure Zone.

Adventure Zone, taman permainan hebat itu dibuka kepada orang ramai pada 28 November 2007.

Terletak di atas tanah berkeluasan 10,300 kaki persegi, kompleks permainan dua tingkat Adventure Zone ini me miliki segala permainan dan kegiatan riadah yang mampu memenuhi cita rasa berbeza pengunjung pelbagai usia.

Permainan papan gelongsor gergasi Hyperglide Astra Drop, Double Drop dan Demon Drop yang dikategorikan sebagai paling mencabar keberanian menjadi tarikan terbaru ke Adventure Zone.

Keseronokannya membuatkan anak kecil dan remaja sang gup menghabiskan masa berjam-jam di situ.

Bagi si kecil berusia empat tahun ke atas, mereka boleh menerokai alam permainan seperti ball fountain, swinging snakes dan bish bags.

Anak remaja dan dewasa pula boleh melakukan aktiviti interaktif dan sukan seperti hoki air, pinball dan arked video.

Sebagai taman hiburan dan permainan yang mesra alam, Adventure Zone amat mengutamakan keselamatan.

Semua aktiviti dan kemudahan permainannya dijamin selamat dan memenuhi piawaian keselamatan tempatan serta antarabangsa.

Adventure Zone dibuka setiap hari mulai jam 9 pagi hingga 7 petang. Bayaran masuk dikenakan RM30 bagi seorang kanak-kanak dan RM10 bagi dewasa untuk sesi permainan selama dua jam.

No comments: