Sunday, September 21, 2008

Urutan melalui bola herba

Oleh Syah Rul Aswari Abdullah
srul@hmetro.com.my



BERMODALKAN dekorasi minimalis dengan sentuhan gaya Zen, Spa Anggun di Hotel Maya, Kuala Lumpur menjanjikan layanan lima bintang sebaik pengunjung men jejakkan kaki ke pintu masuknya.

Gaya hiasan ringkas ini dapat dilihat daripada penggunaan buluh sebagai hiasan bumbung di kolam hidro terapi atau perabot warna tanah di ruang menunggu.


Bagaimanapun, tarikan utamanya terletak pada enam jenis terapi ditawarkan iaitu Maya Signature, Maya Glow, Ma laysian Urut, Aromatheraphy Swedish, Balinese dan Tra disional Thai.

Bagi setiap terapi urutan, pengunjung boleh memilih sama ada untuk menempah pakej masa 50 atau 90 minit bergantung kepada kelapangan mereka.

Pembantu Terapi, Nur Nainis, berkata spa di tingkat tiga itu menyediakan pakej istimewa Maya Signature, yang kian popular di kalangan pengunjung.

Menariknya, pakej terapi memanfaatkan sepenuhnya peng gunaan teknik menekan bola herba mengandungi khasiat minyak asli dan rempah yang didatangkan dari Thailand.

“Bebola yang mengandungi rempah tradisional termasuk limau purut, bunga cengkih dan bunga lawang dipanaskan sebelum ditekap perlahan-lahan kepada pelanggan.

“Terapi ini akan memfokuskan kepada semua bahagian badan bagi menyegarkan tubuh yang lesu. Ia juga dapat membantu seseorang supaya lebih tenang sepanjang ra watan,” katanya.

Menurutnya, bebola yang sudah diwapkan itu akan mem bantu membuka liang roma badan sekali gus memudahkan mengalirkan minyak dan khasiat rempah memasuki kulit seseorang.

“Khasiat bebola herba ini digabungkan dengan teknik urutan membantu melegakan tekanan dan melancarkan perjalanan darah,” katanya.

Seperti kata Nur, hanya layanan terbaik menanti pe ngunjung ke Spa Anggun. Semua rawatan diadakan di enam bilik rawatan peribadi disediakan untuk keselesaan pengun jung.

“Pengunjung tidak perlu risau kerana ahli terapi sentiasa mengutamakan privasi pengunjung dan memberikan masa secukupnya tanpa terburu-buru untuk menyudahkan ra watan,” katanya.

Bagi pakej Maya Singature, pengunjung dibawa ke bilik sauna terlebih dulu. Ia bertujuan membuka liang pori kulit bagi menyediakan mereka dengan proses berikutnya.

Sauna juga diketahui dapat membantu melancarkan per jalanan darah, menyingkirkan toksin badan dan memulihkan pernafasan selain membantu menyegarkan badan.

Selepas mandi dan menukar persalinan, kaki akan direndam dalam besen kayu berisi air panas dan bunga segar. Pe ngunjung turut dihidangkan dengan teh bagi menghilangkan dahaga.

Nur berkata, suasana bilik rawatan dengan suhu bersesuaian adalah untuk menjamin keselesaan pelanggan.

“Kami sentiasa mengutamakan layanan mesra kepada pe ngunjung. Ini antara faktor menyebabkan spa ini sering mendapat permintaan daripada pelbagai lapisan usia,” ka tanya.



>Info

>Spa Anggun turut dilengkapi kolam renang hidro terapi yang juga berfungsi untuk mengurut badan. Pelanggan akan dibantu memilih terapi berdasarkan kehendak dan keperluan mereka.

>Kemudahan lain disediakan termasuk gimnasium yang dilengkapi aktiviti yoga dan senaman aerobik.

>Spa ini menyediakan promosi istimewa termasuk pakej khas yang turut meliputi penginapan.

No comments: